Senarai
- Bawa pakaian yang selesa untuk berada di wad.
- Bawa selipar yang tidak licin untuk ke tandas.
- Bawa pakaian bersalin yang longgar atau kemeja lama.
- Bawa tuala sendiri dari rumah.
- Bawa baju malam yang sesuai untuk penyusuan susu ibu.
- Bawakan lebih pad bersalin. Terdapat banyak pendarahan berlaku selepas kelahiran.
- Bawa beberapa pasang seluar dalam besar, sesuai untuk lepas bersalin. Pastikan potongan pinggang yang tinggi dan dari jenis kapas untuk keselesaan.
- Bawa beberapa helai coli menyusu dan pad payudara. Sila lihat senarai semak kami untuk lebih banyak maklumat tentang keperluan penyusuan susu ibu.
- Bawa snek yang sihat, terutamanya untuk keperluan pemakanan di waktu malam.
- Bawa pakaian yang selesa untuk perjalanan balik ke rumah dan beg untuk menyimpan pakaian kotor.
- Bawa peralatan mandian bersaiz kecil, pencuci muka, balm bibir, syampu, krim mandian dan berus gigi.
- Bawa kusyen atau bantal penyusuan anda sendiri, dengan warna yang terang supaya tidak hilang!
- Bawa pelitup mata, penutup telinga, dan semburan air atau kipas poket jika panas.
- Jangan lupa telefon dan kamera anda untuk merakamkan detik-detik indah yang begitu bermakna dalam kehidupan anda.
- Bawa sedikit alat solek supaya tidak nampak kusam bila ada pengunjung datang melawat.
- Pertimbangkan untuk membawa buku dan majalah untuk memastikan anda tidak bosan semasa berehat
- Bawa buku nota dan pen. Ia akan berguna untuk mencatatkan masa menyusu.
- Jangan lupa buku rekod kehamilan yang mengandungi maklumat perubatan anda. Ini amat berguna untuk anda.
- Bawa beberapa helai pakaian Si Manja (2-3 bodysuit dan 2-3 kemeja bergantung kepada cuaca), sarung kaki, baju panas, selimut dan lampin pakai buang.
- Bawa pek kabel pengecas yang lebih panjang atau powerbank, sekiranya soket jauh.
- Setelah anda bersedia dengan beg, anda perlu tahu bila masanya untuk anda bersalin. Rujuk senarai semak tanda-tanda bersalin kami untuk mengetahuinya lebih lanjut.