Senarai semak beg untuk dibawa ke hospital
Senarai semak beg untuk dibawa ke hospital
Tak pasti barangan yang perlu ada di dalam beg untuk dibawa ke hospital? Kami telah menyediakan senarai semak beg hospital yang mudah untuk segala keperluan anda. Biar terlebih, jangan terkurang. Inilah masanya untuk membuat persediaan pertama dalam menyambut orang baru dalam keluarga anda.
Author(s): Danial Ahmad
Senarai
- Bawa pakaian yang selesa untuk berada di wad.
- Bawa selipar yang tidak licin untuk ke tandas.
- Bawa pakaian bersalin yang longgar atau kemeja lama.
- Bawa tuala sendiri dari rumah.
- Bawa baju malam yang sesuai untuk penyusuan susu ibu.
- Bawakan lebih pad bersalin. Terdapat banyak pendarahan berlaku selepas kelahiran.
- Bawa beberapa pasang seluar dalam besar, sesuai untuk lepas bersalin. Pastikan potongan pinggang yang tinggi dan dari jenis kapas untuk keselesaan.
- Bawa beberapa helai coli menyusu dan pad payudara. Sila lihat senarai semak kami untuk lebih banyak maklumat tentang keperluan penyusuan susu ibu.
- Bawa snek yang sihat, terutamanya untuk keperluan pemakanan di waktu malam.
- Bawa pakaian yang selesa untuk perjalanan balik ke rumah dan beg untuk menyimpan pakaian kotor.
- Bawa peralatan mandian bersaiz kecil, pencuci muka, balm bibir, syampu, krim mandian dan berus gigi.
- Bawa kusyen atau bantal penyusuan anda sendiri, dengan warna yang terang supaya tidak hilang!
- Bawa pelitup mata, penutup telinga, dan semburan air atau kipas poket jika panas.
- Jangan lupa telefon dan kamera anda untuk merakamkan detik-detik indah yang begitu bermakna dalam kehidupan anda.
- Bawa sedikit alat solek supaya tidak nampak kusam bila ada pengunjung datang melawat.
- Pertimbangkan untuk membawa buku dan majalah untuk memastikan anda tidak bosan semasa berehat
- Bawa buku nota dan pen. Ia akan berguna untuk mencatatkan masa menyusu.
- Jangan lupa buku rekod kehamilan yang mengandungi maklumat perubatan anda. Ini amat berguna untuk anda.
- Bawa beberapa helai pakaian Si Manja (2-3 bodysuit dan 2-3 kemeja bergantung kepada cuaca), sarung kaki, baju panas, selimut dan lampin pakai buang.
- Bawa pek kabel pengecas yang lebih panjang atau powerbank, sekiranya soket jauh.
- Setelah anda bersedia dengan beg, anda perlu tahu bila masanya untuk anda bersalin. Rujuk senarai semak tanda-tanda bersalin kami untuk mengetahuinya lebih lanjut.
Artikel berkaitan
10 Tanda-Tanda Awal Ibu Mengandung
Bagi mereka yang baru mendirikan rumahtangga dan masih di dalam fasa untuk kehamilan, ianya merupakan cabaran dan pengalaman yang dinanti-nantikan.
Danial Ahmad, Author
4 minit hingga baca
Soalan untuk ditanyakan pada temujanji pranatal pertama anda
Kini tiba masanya untuk temujanji pranatal pertama anda – teruja?
2 minit hingga baca
Rancang pelan bersalin anda
Kelahiran anak kurang menakutkan jika anda bersedia dengan pelan bersalin persalinan yang mudah dalam fikiran, bagi membantu hari tersebut berjalan dengan lancar.
2 minit hingga baca
Senarai semak untuk pemulihan selepas pembedahan caesarean
Seperti mana-mana pembedahan, pemulihan pembedahan caesarean juga mengambil masa.
2 minit hingga baca
Pembedahan Caesarean: Apa yang perlu dipertimbangkan
Pembedahan Caesarean disebabkan sama ada anda tidak boleh melahirkan secara normal kerana faktor perubatan atau pembedahan secara elektif iaitu keputusan peribadi yang anda pilih.
2 minit hingga baca
Minggu ke-8 kehamilan: Perkembangan dan diet
Bersaiz seperti telur puyuh, si manja anda kini berukuran kira-kira 30mm panjang. Ketahui lebih lanjut tentangnya minggu ini.
Danial Ahmad, Author
3 minit hingga baca
Minggu ke-7 kehamilan: Perkembangan dan diet
Anak di dalam kandungan anda cukup mengagumkan dengan saiz 18 mm panjang. Walaupun anda belum merasakannya, tapi dia terus berkembang. Baca lebih lanjut mengenainya minggu ini.
Danial Ahmad, Author
2 minit hingga baca
Minggu ke-6 kehamilan: Perkembangan dan diet
Pertumbuhan anak anda sememangnya luar biasa pada peringkat ini. Begitu banyak perkembangan menarik berlaku pada si kecil anda! Bacalah lebih lanjut mengenainya minggu ini.
Danial Ahmad, Author
2 minit hingga baca
Minggu ke-3 Kehamilan: Perkembangan dan pemakanan
PERKEMBANGAN MINGGU KE-3
Danial Ahmad, Author
3 minit hingga baca
Minggu ke-38 kehamilan: Perkembangan dan diet
Dua minggu lagi! Ya, memang benar, si manja anda akan membuat ‘penampilan’ pertamanya tidak lama lagi. Semuanya telah sempurna, hanya menunggu harinya saja!
Danial Ahmad, Author
3 minit hingga baca
Minggu ke-37 kehamilan: Perkembangan dan diet
Si manja anda cenderung untuk menghalakan kepalanya ke bawah, lengannya bersilang, dan kaki terlipat di dada kerana tidak banyak ruang untuknya bergerak.
Danial Ahmad, Author
3 minit hingga baca
Minggu ke-36 kehamilan: Perkembangan dan diet
Mulai sekarang sehingga detik kelahirannya, si manja anda akan terus berkembang. Dia kini sudah berukuran 45cm panjang dan beratnya kira-kira 2.9kg! Baca lebih lanjut mengenainya minggu ini.
Danial Ahmad, Author
3 minit hingga baca
Minggu ke-35 kehamilan: Perkembangan dan diet
Dalam tempoh lebih kurang sebulan, anda akan dianugerahkan dengan cahaya mata yang membawa sinar bahagia dalam hidup anda.
Danial Ahmad, Author
3 minit hingga baca
Minggu ke-34 kehamilan: Perkembangan dan diet
Perkembangan berlaku sedikit perlahan di dalam kandungan anda. Ini kerana semuanya semakin hampir untuk ‘dilancarkan’! Si manja anda kini sekitar 45cm panjang dan beratnya lebih daripada 2kg.
Danial Ahmad, Author
2 minit hingga baca
Minggu ke-32 kehamilan: Perkembangan dan diet
Si kecil anda masih berkembang semasa anda menuju ke pusingan akhir, tetapi kebanyakannya menyempurnakan apa yang perlu. Dia bersedia untuk bertemu dengan anda!
Danial Ahmad, Author
2 minit hingga baca
Minggu ke-31 kehamilan: Perkembangan dan diet
Menjelang hari yang dinantikan, si manja anda tidak lama lagi akan bergerak ke kedudukan di mana dia akan dilahirkan. Pandainya dia! Baca lebih lanjut mengenainya minggu ini.
Danial Ahmad, Author
2 minit hingga baca
Minggu ke-30 kehamilan: Perkembangan dan diet
Setiap hari, si manja anda terus berkembang, bersiap sedia untuk melihat dunia hanya dalam tempoh kurang daripada 10 minggu. Adakah masa berlalu dengan cepat atau terlalu perlahan bagi anda?
Danial Ahmad, Author
2 minit hingga baca
Minggu ke-29 kehamilan: Perkembangan dan diet
Anda semakin hampir ke garisan penamat - anda akan melahirkan anak kira-kira sepuluh minggu daripada sekarang! Si manja anda masih berkembang dengan pantas, malah matanya terbuka luas sekarang.
Danial Ahmad, Author
2 minit hingga baca
Minggu ke-27 kehamilan: Perkembangan dan diet
Buah hati kecil anda masih dalam proses perkembangan. Tetapi pada hari ini, ukurannya lebih daripada 30cm panjang, cukup besar kalau dibaringkan di lengan anda.
Danial Ahmad, Author
3 minit hingga baca
Aplikasi berkaitan
Kalendar Ovulasi
Tentukan bila anda berkemungkinan untuk ovulasi boleh meningkatkan peluang anda untuk hamil.
Kalendar Mingguan Kehamilan
Ketahui perubahan yang dapat anda jangkakan dalam badan, emosi, kehidupan dan Si Manja anda.