Cerelac Recipe Banana & Choc Muffins

Muffin Pisang & Coklat

8 bulan
Resepi
Prep: 15 minit
Cooking: 20 minit
Portion(s): 20
Brunch
Difficulty: sukar

Mufin ini sememangnya lazat, lembut dan rasanya akan disukai oleh Si Manja anda. Dengan pisang dan cip coklat, ia pasti akan membuka selera! Jadikan mufin ini pilihan yang lebih sihat dengan menggantikan tepung biasa dengan tepung gandum.

Author(s): Shen-Li Tan

Ramuan

A
150g tepung naik sendiri 
50g tepung gandum
1 sudu besar bikarbonat soda
1 sudu kecil serbuk penaik
10 sudu besar CERELAC Gandum, Pisang & Prun

B
125g gula perang
3 biji pisang masak besar, lecek
1 biji telur, dipukul
75ml air masak
75ml minyak masak
75g coklat gelap, dicincang kasar

Kandungan nutrisi setiap hidangan

  • Tenaga : 139 kcal
  • Karbohidrat : 2.8g
  • Protein : 20.0g
  • Lemak : 5.4g

Cara penyediaan

  1. Di dalam satu mangkuk, ayak bahan A dan masukkan CERELAC Gandum, Pisang & Prune dan ketepikan.
     
  2. Dalam satu jag, campurkan gula, pisang, telur, air & minyak, kemudian tuangkan ke dalam bahan kering dan kacau perlahan-lahan higga sebati.
     
  3. Lipat choklat cincang.
     
  4. Sudukan adunan ke dalam acuan muffin higga ¾ penuh, ratakan.
     
  5. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan 180˚C selama 15-20 minit atau sehingga perang sedikit. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan ia sejuk dan hidangkan dalam suhu bilik.
Cerelac Sample

Produk yang digunakan

product-cerelac-banana-prune_564x420
Produk
Perkembangan Si Manja
5
4.7 (6)

BIJIRIN BAYI CERELAC GANDUM, PISANG & PRUN

Memperkenalkan rasa dan tekstur untuk memperkayakan diet pemakanan bayi anda dalam membangunkan cita rasa makan mereka.

icon calendar large

Helpful tools

icon recipe

Carian Resepi

Resepi untuk anda dan Si Manja cuba.

icon mail

Alat pencari senarai semak

Alat pencari senarai semak

Topik terkait