Smiling young girl in blue patterned shirt reaching toward camera
Listen Transcript

Pertumbuhan Kanak-kanak: Apakah yang Normal dan Bagaimana Menyokong Perkembangan Menyeluruh?

Artikel

Pertumbuhan Kanak-kanak: Apakah yang Normal dan Bagaimana Menyokong Perkembangan Menyeluruh?

Sep 28, 2026
3 minit

Kanak-kanak tidak semuanya berkembang mengikut fasa yang sama, dan itu merupakan perkara yang normal. Memahami pelbagai corak perkembangan yang lazim berlaku dianggap biasa, serta membina rutin yang seimbang untuk kesejahteraan kanak-kanak, dapat membantu memupuk tubuh yang sihat, minda yang ingin tahu menyokong perkembangan fizikal, intelektual dan emosi yang stabil mereka. Panduan ini menerangkan pertumbuhan kanak-kanak, perkara apakah yang dianggap normal dan bagaimana untuk menyokong perkembangan menyeluruh, lengkap dengan pencapaian perkembangan mengikut lingkungan usia serta langkah mudah praktikal berasaskan sains untuk membantu anak berkembang dengan lebih baik.  

Pertumbuhan Bukan Sekadar Saiz Fizikal 

Pertumbuhan yang sihat merangkumi perkembangan koordinasi fizikal, bahasa dan pemikiran, kemahiran sosial-emosi serta emosi, dan juga kreativiti. Pencapaian perkembangan adalah panduan, bukan penentu mutlak. Gunakan senarai semak perkembangan awal kanak-kanak untuk melihat kemajuan yang stabil dari semasa ke semasa dengan mengambil kira personaliti dan pengalaman unik setiap kanak-kanak.  

Pencapaian Perkembangan dan Pembelajaran Harian 

Umur 

Kemahiran Lazim 

Aktiviti yang Boleh Dicuba di Rumah 

6–12 bulan 

Duduk, membebel, memberi senyuman sosial, memberi respons apabila nama dipanggil 

Tummy time, menyanyi secara bersahut-sahutan, bermain bergilir-gilir, main sorok-sorok muka dan,permainan peekaboo, membaca buku bergambar 

1–3 tahun 

Berjalan atau berlari, mencoret, menyebut frasa 2–3 perkataan, bermain secara selari 

Menyusun blok, teka-teki puzzle mudah, permainan olok-olok dan imaginatif, tugasan membantu yang ringkas 

3–5 tahun 

Melompat, menggunakan ayat yang lebih panjang, bertanya "kenapa", bermain secara bergilir-gilir 

Seni dan kraf, aktiviti membina, menceritakan semula cerita, permainan yang mempunyai peraturan 

5–8 tahun 

Kemahiran motor yang lebih baik, kemahiran membaca dan matematik awal, kerja berpasukan 

Sukan, permainan papan, projek kreatif, berjalan-jalan di kawasan semula jadi 

 

Bagi perkembangan sosial kanak-kanak prasekolah, perhatikan tanda-tanda seperti kebolehan bermain secara bekerjasama rakan, menunjukkan empati dalam situasi mudah dan mengawal kemunculan kawalan diri yang mula berkembang.secara beransur-ansur. Ini merupakan penunjuk penting untuk memahami pertumbuhan kanak-kanak, perkara: apakah yang dianggap normal dan bagaimana menyokong perkembangan menyeluruh. mereka.

Tanda-tanda Perkembangan yang Sihat 

  • Fizikal: Keseimbangan, koordinasi dan kemahiran mengurus diri yang semakin baik. 
  • Kognitif/Bahasa: Peningkatan kosa kata, rasa ingin tahu dan kebolehan menyelesaikan masalah. 
  • Sosial dan Emosi: Keupayaan memberi perhatian bersama, permainan imaginatif dan kawalan diri yang mula berkembang.   

Gunakan julat perkembangan sebagai panduan umum. Berbincang dengan pakar pediatrik sekiranya anak kehilangan kemahiran yang pernah dikuasai, kurang melakukan hubungan mata menjelang usia 12 bulan, belum menyebut sebarang perkataan pada usia 16 hingga 18 bulan, mempunyai sangat sedikit frasa dua perkataan menjelang usia 2 tahun atau berterusan mengalami kesukaran mengikuti arahan mudah. Senarai semak perkembangan awal kanak-kanak boleh membantu mengenal pasti corak perkembangan dan mendapatkan sokongan pada masa yang sesuai.  

Menyokong Perkembangan Menyeluruh Melalui Pemakanan dan Rutin Harian 

  • Bina rutin yang seimbang untuk kesejahteraan kanak-kanak: permainan aktif fizikal, masa bermain di luar rumah, waktu makan yang teratur dan waktu tidur yang konsisten. 
  • Wujudkan detik- detik wujudkan persekitaran yang kaya dengan bahasa: cerita aktiviti harian, baca buku dengan lantang kuat, menyanyi bersama dan ajukan soalan terbuka. 
  • Kemahiran Galakkan kemahiran berfikir: kira mengira dan asingkan barangan runcit, bandingkan barang dapur, membandingkan saiz serta cerita serta menceritakan semula cerita. 
  • Untuk perkembangan sosial kanak-kanak prasekolah: bantu mereka mengenali emosi, tunjukkan cara menarik nafas dengan tenang, tetapkan batasan yang jelas dan positif, serta galakkan mereka membantu orang lain. 
  • Pemakanan yang menyokong perkembangan otak dan tubuh fizikal: DHA dan AA membantu menyokong fungsi otak; vitamin dan mineral seperti Vitamin C, Vitamin D dan Zink untuk membantu menyokong sistem imun; manakala prebiotik membantu menyokong kesihatan dan keselesaan sistem penghadaman yang menjadi asas penting untuk perkembangan menyeluruh. 
  • Penggunaan skrin: elakkan untuk kanak-kanak bawah 18 bulan, kecuali bagi panggilan video; hadkan kepada kira-kira satu jam sehari bagi kanak-kanak berusia 2 hingga 5 tahun dengan tontonan bersama penjaga; dan amalkan penggunaan yang bertujuan serta seimbang 

Memantau Perkembangan dan Mendapatkan Sokongan 

Pantau pertumbuhan anak melalui carta pertumbuhan yang digunakan oleh pakar pediatrik dan catat perkembangan berkaitan tidur, pemakanan, permainan serta komunikasi. Perhatikan kebolehan seperti menunjuk objek, memberi perhatian bersama, meniru tindakan, bermain secara imaginatif dan mengikuti arahan mudah. Sekiranya anda mempunyai kebimbangan tentang perkembangan anak, berbincanglah dengan pakar pediatrik mengenai intervensi awal atau penilaian perkembangan, pertuturan dan bahasa. Sokongan awal adalah paling berkesan.selalunya memberikan hasil yang lebih baik.  

Terokai artikel pakar, bengkel dan panduan aktiviti untuk mendalami pemahaman dengan lebih mendalam tentang pertumbuhan kanak-kanak, perkara: apakah yang dianggap normal dan cara menyokong perkembangan menyeluruh mereka. Bersama-sama, kita dapat membantu membesarkan kanak-kanak lebih dengan sokongan pemakanan berasaskan penyelidikan sains dan rutin untuk menyokong perkembangan optimum mereka bagi menyerlahkan potensi luar terbaik.