Panduan Perkembangan dan Pemakanan Kanak-kanak Kecil 6–12 Bulan
Memahami Perkembangan Kanak-kanak kecil
Penanda perkembangan ialah kemahiran yang lazimnya dicapai oleh kanak-kanak kecil mengikut peringkat usia tertentu. Kemahiran ini merangkumi perkembangan fizikal, pemikiran, komunikasi dan interaksi sosial. Antara perkembangan yang sering dilihat dalam tempoh 6 hingga 12 bulan termasuk kawalan kepala dan badan yang semakin baik, boleh duduk dengan lebih stabil, berguling dan merangkak, menarik badan untuk berdiri, berjalan sambil berpaut pada perabot, menggunakan jari untuk mengambil objek kecil, mengeluarkan bunyi yang lebih pelbagai, mula memahami perkataan dan arahan mudah, memberi respons apabila nama dipanggil, serta atau menggunakan isyarat seperti melambai atau bertepuk tangan.
Setiap kanak-kanak kecil berkembang mengikut kadar masing-masing. Oleh itu, ibu bapa tidak perlu terlalu memberi tumpuan kepada tarikh atau usia yang tepat. Yang lebih penting ialah melihat perkembangan yang berlaku secara berterusan dari semasa ke semasa. Sekiranya terdapat kebimbangan mengenai perkembangan kanak-kanak kecil atau kemahiran yang pernah dikuasai kelihatan hilang, dapatkan nasihat pakar pediatrik untuk penilaian lanjut.
Cara Menggalakkan Perkembangan Fizikal dan Kognitif di Rumah
Ibu bapa boleh membantu perkembangan kanak-kanak kecil melalui aktiviti harian yang mudah. Sediakan masa untuk kanak-kanak kecil bermain di atas lantai dalam keadaan yang selamat dan di bawah pengawasan. Letakkan alat permainan kegemaran sedikit jauh daripada capaian mereka untuk menggalakkan pergerakan seperti berguling, berpusing dan merangkak. Apabila kanak-kanak kecil mula belajar duduk, berikan sokongan pada bahagian pinggul dan kurangkan bantuan secara beransur-ansur apabila keseimbangan mereka semakin baik. Bagi kanak-kanak kecil yang mula cuba berdiri, sediakan perabot yang kukuh dan selamat untuk membantu mereka berpaut dan bergerak.
Untuk merangsang perkembangan kognitif dan bahasa, berbual dengan kanak-kanak kecil sepanjang rutin harian serta, sebut dan perkenalkan nama objek yang berada di sekeliling mereka. Beri respons kepada bunyi dan celoteh kanak-kanak kecil. Bacakan buku bergambar setiap hari. Tunjukkan gambar dan sebut perkataan dengan jelas, serta dan galakkan kanak-kanak kecil membelek halaman buku.
Permainan mudah seperti memasukkan objek ke dalam bekas, menggoncang mainan berbunyi, menyanyi sambil membuat pergerakan tangan dan bermain sorok-sorok muka turut membantu perkembangan otak serta kemahiran komunikasi. Melakukan aktiviti ini secara konsisten membantu kanak-kanak kecil menghubungkan pergerakan, bunyi dan pengalaman harian dengan lebih berkesan.
Keperluan Pemakanan Kanak-kanak kecil 6 hingga 12 Bulan
Penyusuan susu ibu masih merupakan sumber pemakanan utama sepanjang tempoh ini. Pada masa yang sama, makanan pelengkap mula diperkenalkan untuk membekalkan nutrien tambahan serta membantu kanak-kanak kecil membiasakan diri dengan pelbagai rasa dan tekstur. Sekitar usia enam bulan, kanak-kanak kecil biasanya boleh memulakan satu hingga dua hidangan makanan pejal sehari. Menjelang usia sembilan hingga dua belas bulan, bilangan hidangan boleh ditingkatkan kepada dua hingga tiga hidangan atau lebih mengikut keperluan dan kesediaan kanak-kanak kecil. Apabila makanan pejal diperkenalkan, ibu bapa juga boleh mula menawarkan sedikit air kosong menggunakan cawan terbuka atau cawan penyedut yang sesuai.
Nutrien Penting Yang Perlu Diberi Perhatian
- Zat Besi: Bijirin kanak-kanak kecil yang diperkaya dengan zat besi, daging. Daging yang dilenyek atau dicincang halus, kekacang dan lentil
- Zink: Daging, yogurt dan kekacang
- Lemak sihat: Avokado, yogurt penuh krim dan, mentega kacang yang dicairkan mengikut kesesuaian usia
- Omega-3: Salmon dan sardin
- Vitamin D: Mengikut nasihat profesional kesihatan dan daripada makanan yang diperkaya dengan vitamin D
- Vitamin C: Buah-buahan dan sayur-sayuran. Vitamin C membantu meningkatkan penyerapan zat besi daripada makanan.
Apabila memperkenalkan makanan pejal, mulakan dengan tekstur yang halus dan lembut. Kemudian beralih secara berperingkat kepada makanan yang dilenyek, dicincang halus dan makanan jejari yang lembut apabila kemahiran mengunyah kanak-kanak kecil semakin baik. CERELAC membantu ibu bapa menyediakan pemakanan pelengkap yang sesuai mengikut peringkat usia melalui pilihan tekstur yang dirumus khas untuk kanak-kanak kecil yang sedang membesar.
Perkembangan Kanak-kanak kecil Mengikut Umur (6 hingga 12 Bulan)
| Umur | Perkembangan Yang Lazim Dilihat |
| 6 bulan | Boleh berguling, duduk dengan sokongan, memindahkan objek dari satu tangan ke tangan yang lain, mengeluarkan bunyi seperti "ba" atau "da", serta menunjukkan minat terhadap makanan pejal |
| 7 bulan | Boleh duduk tanpa sokongan untuk tempoh yang singkat, gemar meneroka objek dengan tangan dan mulut, serta mula menikmati permainan seperti sorok-sorok muka |
| 8 bulan | Mula merangkak atau mengesot, menggunakan tapak tangan untuk mengambil objek, memberi respons apabila nama dipanggil dan mungkin mula berhati-hati dengan orang yang tidak dikenali |
| 9 bulan | Merangkak dengan lebih aktif, menarik badan untuk berdiri, mula menggunakan ibu jari dan jari telunjuk untuk memegang objek kecil serta meniru bunyi dan pergerakan mudah |
| 10 bulan | Bergerak sambil berpaut pada perabot, melambai tangan atau menunjuk sesuatu serta lebih aktif meneroka persekitaran |
| 11 bulan | Boleh berdiri seketika, mula melangkah dengan bantuan dan memasukkan objek ke dalam bekas |
| 12 bulan | Mungkin mula berjalan, menyebut satu atau dua perkataan yang mempunyai makna serta memahami arahan mudah |
Panduan Pemakanan dan Cara Pemberian Makanan
Wujudkan rutin makan yang sesuai dengan jadual harian kanak-kanak kecil sambil meneruskan penyusuan susu ibu atau pemberian susu formula. Bagi kanak-kanak kecil berusia 6 hingga 8 bulan, jadual yang boleh biasa diamalkan ialah susu selepas bangun tidur, makanan pejal pada waktu pagi dan lewat, makanan pejal pada waktu petang, serta atau susu sebelum tidur atau waktu rehat. Apabila kanak-kanak kecil berusia 9 hingga 12 bulan, ibu bapa boleh beralih kepada 3 hidangan utama sehari, satu hingga dua kali snek antara waktu makan dan penyusuan susu mengikut keperluan kanak-kanak kecil. Perhatikan tanda lapar dan kenyang bagi membantu kanak-kanak kecil belajar mengawal pengambilan makanan secara semula jadi.
Tanda kanak-kanak kecil bersedia untuk makanan pejal: mengawal kepala dan leher dengan baik, boleh duduk dengan sedikit bantuan, menunjukkan minat terhadap makanan, membuka mulut apabila disuakan sudu, atau tidak lagi menolak makanan keluar dengan lidah secara refleks.
Mulakan dengan makanan yang kaya dengan zat besi dan perkenalkan makanan baharu satu demi satu. Berikan masa kira-kira dua hingga tiga hari sebelum memperkenalkan makanan baharu yang lain bagi memudahkan pemantauan sebarang reaksi.
Makanan yang perlu dielakkan: Jangan berikan madu kepada kanak-kanak kecil di bawah umur 12 bulan. Elakkan juga makanan yang boleh menyebabkan tercekik seperti kacang penuh, anggur yang tidak dipotong, bertih jagung atau ketulan makanan yang keras. Apabila kanak-kanak kecil semakin mahir makan, perkenalkan makanan jejari yang lembut seperti pisang masak, sayur-sayuran yang dikukus sehingga lembut dan isi ayam yang disiat halus. Galakkan kanak-kanak kecil makan sendiri menggunakan sudu yang sesuai atau makanan yang mudah dipegang bagi membantu perkembangan koordinasi tangan dan mulut.
CERELAC membantu melengkapkan pemakanan kanak-kanak kecil dengan pilihan bijirin yang diperkaya dengan zat besi dan dirumus mengikut keperluan perkembangan kanak-kanak kecil. Dengan tekstur yang bersesuaian mengikut usia dan nutrien penting yang diperlukan, CERELAC membantu ibu bapa memperkenalkan makanan pelengkap dengan lebih yakin sambil meneruskan penyusuan susu ibu sebagai sumber pemakanan utama.
Dapatkan sampel CERELAC percuma anda hari ini—klik di sini.
PEMBERITAHUAN PENTING: CERELAC BUKAN UNTUK DIBERIKAN KEPADA BAYI DI BAWAH UMUR 6 BULAN MELAINKAN JIKA DINASIHATI OLEH PROFESIONAL KESIHATAN. UNTUK KESIHATAN BAYI YANG OPTIMA, PENYUSUAN SUSU IBU PERLU DITERUSKAN SEHINGGA UMUR 2 TAHUN DI SAMPING MEMBERI MAKANAN PELENGKAP.