Panduan Memperkenalkan Snek Sihat kepada Kanak-kanak Kecil
Bilakah Snek Boleh Mula Diperkenalkan?
Kebanyakan mula bersedia untuk menerima makanan pelengkap sekitar usia enam bulan. Antara tanda kesediaan termasuk boleh duduk dengan sedikit sokongan, dapat mengawal kepala dengan baik, menunjukkan minat terhadap makanan dan mampu menerima makanan menggunakan sudu. Snek melengkapkan pemakanan harian, manakala penyusuan susu ibu disarankan untuk diteruskan sehingga usia dua tahun atau lebih.
Snek yang sesuai seharusnya ringkas, lembut dan kaya dengan nutrien penting. Antara nutrien yang perlu diberi perhatian ialah zat besi, protein, lemak sihat, Vitamin A, Vitamin C dan Zink. Nutrien ini penting untuk menyokong tumbesaran, perkembangan otak dan kesihatan keseluruhan. Pilih makanan bertekstur lembut, mudah dilenyek atau mudah larut di dalam mulut. Sebaiknya, elakkan makanan yang mengandungi gula tambahan atau tinggi garam. Contoh snek berkhasiat termasuk bijirin yang diperkaya dengan zat besi, avokado lenyek, pisang masak, yogurt penuh lemak tanpa perisa, puri epal serta labu atau keledek yang dikukus sehingga lembut.
CERELAC Puffs pula merupakan pilihan snek bijirin yang sesuai untuk kanak-kanak kecil berusia 9 bulan ke atas. Ia diperkaya dengan zat besi serta mempunyai tekstur yang sesuai untuk peringkat perkembangan mereka.
Cara Memulakan Pemberian Snek
Perhatikan tanda-tanda bahawa kanak-kanak sudah bersedia untuk menerima pelbagai jenis makanan, seperti dapat mengawal kepala dengan stabil, boleh duduk dengan sedikit sokongan, gemar membawa tangan ke mulut, membuka mulut apabila disuakan makanan atau menunjukkan minat terhadap makanan yang dimakan oleh ahli keluarga. Mulakan dengan satu atau dua suapan kecil sehari dan tambah variasi secara beransur-ansur mengikut kesediaan. Apabila kemahiran makan dan minum semakin berkembang, ibu bapa juga boleh mula menawarkan sedikit air kosong menggunakan cawan latihan atau cawan terbuka yang sesuai.
Menjelang usia tujuh hingga lapan bulan, kebanyakan kanak-kanak boleh menikmati satu hingga dua hidangan snek kecil di antara waktu makan utama. Penyusuan susu ibu diteruskan sehingga usia 2 tahun kanak-kanak di samping memberi makanan pelengkap.
Idea Snek Makanan Pelengkap Mengikut Peringkat Umur
6 hingga 8 Bulan
- Bijirin yang diperkaya dengan zat besi dan dibancuh dengan susu atau air
- Pisang atau avokado yang dilenyek
- Puri epal atau puri pir
- Yogurt penuh krim tanpa perisa yang dicampur sedikit buah yang dilenyek
- Labu, lobak merah atau keledek yang dimasak sehingga lembut dan dilenyek
- Puri kacang dal yang halus
9 hingga 12 Bulan
- Potongan kecil mangga masak, brokoli kukus yang lembut, hirisan omelet yang lembut
- Roti bakar yang disapu nipis dengan avokado
- Keju lembut bersama biskut yang sesuai mengikut usia.
- Bubur nasi bersama isi ikan yang dimasak sempurna dan dihancurkan
- CERELAC Puffs 4 sudu
Kanak-kanak Berumur 12 Bulan dan Ke Atas
- Sandwic mini dengan inti yang lembut
- Yogurt bersama buah-buahan lembut
- Lempeng oat
- Keju bersama potongan buah-buahan
Apabila memperkenalkan snek kepada kanak-kanak kecil, berikan makanan dalam kuantiti yang kecil dan pastikan mereka makan dalam posisi duduk. Sentiasa berada berdekatan dan pantau mereka ketika makan. Elakkan makanan yang boleh menyebabkan tercekik, seperti kacang penuh, anggur yang tidak dipotong, bertih jagung dan sayur mentah yang keras.
Snek Buatan Sendiri atau Snek Siap Dibeli?
Snek buatan sendiri membolehkan ibu bapa mengawal bahan yang digunakan, tekstur makanan serta kandungan gula dan garam. Antara idea mudah yang boleh disediakan di rumah ialah pisang lenyek yang dicampur dengan yogurt, buah-buahan yang dikisar bersama bijirin, labu yang dikukus sehingga lembut atau lempeng pisang dan oat yang dipotong mengikut saiz yang sesuai.
Jika memilih snek siap dibeli, cari produk yang sesuai untuk kanak-kanak kecil, diperkaya dengan zat besi jika boleh, mengandungi senarai ramuan yang ringkas, tidak mengandungi gula tambahan atau pemanis tiruan, serta mudah larut atau bertekstur sangat lembut. Elakkan biskut masin, gula-gula, madu untuk kanak-kanak bawah 12 bulan serta makanan bergoreng atau terlalu pedas.
Tip Membentuk Tabiat Pengambilan Snek yang Sihat
Wujudkan suasana makan yang tenang dan selesa tanpa terlalu banyak gangguan. Beberapa langkah yang boleh diamalkan ialah:
- Tetapkan waktu snek yang konsisten setiap hari. Galakkan kanak-kanak makan sendiri menggunakan makanan yang sesuai dengan tahap perkembangan mereka
- Perkenalkan rasa dan tekstur baharu secara beransur-ansur. Gabungkan makanan yang biasa dimakan dengan makanan baharu
- Beri peluang mencuba sesuatu makanan beberapa kali sebelum membuat keputusan sama ada mereka menyukainya atau tidak. Galakkan mereka menyentuh dan meneroka makanan dengan selamat. Libatkan kanak-kanak kecil dalam aktiviti mudah seperti mengacau bijirin atau meletakkan buah-buahan ke dalam mangkuk yogurt
- Berikan pujian atas usaha dan rasa ingin tahu mereka, bukan semata-mata kerana menghabiskan makanan
Dengan panduan yang betul dan pilihan makanan yang sesuai seperti CERELAC, memperkenalkan snek sihat kepada kanak-kanak kecil boleh menjadi pengalaman yang lebih mudah dan menyeronokkan. Langkah kecil yang konsisten dapat membantu membentuk tabiat pemakanan yang baik serta menyokong tumbesaran dan perkembangan mereka secara menyeluruh.
Dapatkan sampel CERELAC percuma anda hari ini—klik di sini.
PEMBERITAHUAN PENTING: CERELAC BUKAN UNTUK DIBERIKAN KEPADA BAYI DI BAWAH UMUR 6 BULAN MELAINKAN JIKA DINASIHATI OLEH PROFESIONAL KESIHATAN. UNTUK KESIHATAN BAYI YANG OPTIMA, PENYUSUAN SUSU IBU PERLU DITERUSKAN SEHINGGA UMUR 2 TAHUN DI SAMPING MEMBERI MAKANAN PELENGKAP.