Panduan Memilih Bijirin yang Sesuai untuk Kanak-kanak Kecil
Mengapa Memilih Bijirin?
Bijirin mudah dihadam dan boleh dibancuh dengan susu atau air mengikut kesesuaian. Teksturnya yang lembut menjadikannya pilihan yang sesuai apabila kanak-kanak mula diperkenalkan kepada makanan pejal.
Selain membantu membiasakan diri dengan tekstur makanan dan penggunaan sudu, bijirin yang diperkaya dengan zat besi juga penting apabila simpanan zat besi semula jadi mula berkurangan sekitar usia enam bulan.
Zat besi membantu pembentukan sel darah merah dan menyokong perkembangan otak. Nutrien lain seperti zink dan vitamin B pula membantu menyokong sistem imun serta tumbesaran secara menyeluruh.
Jenis-Jenis Bijirin
Bijirin yang mengandungi satu jenis bijirin biasanya sesuai sebagai makanan pertama kerana lebih mudah untuk memantau penerimaan terhadap makanan baharu.
Bijirin Beras
Bijirin beras mempunyai rasa yang lembut dan mudah diterima oleh kebanyakan kanak-kanak. Oleh itu, ia sering menjadi pilihan awal apabila memulakan makanan pejal.
Bijirin Oat
Bijirin oat membekalkan serat dan mempunyai rasa yang ringan. Ia juga mudah dicampurkan dengan puri buah-buahan atau sayur-sayuran.
Bijirin Barli
Bijirin barli boleh diperkenalkan apabila kanak-kanak semakin mahir mengendalikan makanan pejal dan bersedia mencuba tekstur yang lebih pelbagai.
Selain itu, terdapat juga pilihan bijirin penuh yang mengandungi Vitamin, Mineral dan Serat secara semula jadi. Bagi ibu bapa yang memilih produk organik, terdapat pelbagai pilihan bijirin daripada beras, oat atau campuran bijirin yang diperakui organik.
Jika terdapat sejarah alahan makanan dalam keluarga, pilih produk yang mempunyai ramuan yang jelas dan ringkas untuk memudahkan pemantauan apabila memperkenalkan makanan baharu.
Cara Memilih Bijirin yang Sesuai
- Mulakan Dengan Satu Jenis Bijirin
Perkenalkan satu jenis bijirin terlebih dahulu supaya lebih mudah untuk mengenal pasti sama ada boleh menerimanya dengan baik atau menunjukkan tanda-tanda alahan.
- Semak Label Produk
Pilih bijirin yang diperkaya dengan Zat Besi, mengandungi ramuan yang ringkas dan tidak mempunyai gula tambahan. Ini merupakan panduan yang baik ketika memilih bijirin untuk kanak-kanak berusia enam bulan dan ke atas.
- Pelbagaikan Jenis Bijirin
Selepas kanak-kanak boleh menerima sesuatu jenis bijirin dengan baik, perkenalkan jenis bijirin yang lain secara berperingkat. Ini membantu mempelbagaikan sumber nutrien dan memberi pendedahan kepada pelbagai rasa serta tekstur.
Nutrien Penting yang Perlu Diberi Perhatian
Semasa memilih bijirin, pastikan ia mengandungi nutrien penting seperti Zat Besi, Zink, Vitamin B termasuk folat dan Vitamin B12, serta Vitamin D.
Sesetengah bijirin juga diperkaya dengan kolina, DHA atau probiotik. Bijirin penuh pula membekalkan serat yang membantu menyokong sistem penghadaman apabila pengambilan makanan pejal semakin meningkat.
Untuk menambahkan rasa secara semulajadi, ibu bapa boleh mencampurkan bijirin dengan puri buah-buahan atau sayur-sayuran seperti pir, epal, pisang, keledek atau avokado.
Cara Menyediakan dan Menghidangkan Bijirin
Mulakan dengan mencampurkan satu hingga dua sudu besar bijirin kering dengan tiga hingga lima sudu besar susu atau air. Kacau sehingga sebati dan laraskan jumlah cecair mengikut tekstur yang sesuai. Pada peringkat awal, tekstur yang lebih cair dan mudah disuap biasanya lebih sesuai. Bijirin boleh dihidangkan dalam keadaan suam atau pada suhu bilik.
Kanak-kanak kecil biasanya sudah bersedia untuk memulakan makanan pejal apabila mereka boleh mengawal kepala dengan baik, duduk dengan bantuan atau sokongan dan menunjukkan minat terhadap makanan. Mereka juga akan membuka mulut apabila sudu disuakan. Tanda-tanda ini lazimnya kelihatan sekitar usia enam bulan.
Mulakan dengan beberapa sudu kecil sekali sehari selepas penyusuan susu dan tingkatkan secara beransur-ansur mengikut kesediaan kanak-kanak.
Untuk menambahkan variasi, cuba campurkan puri pir, epal, pisang, keledek atau avokado yang dilenyek halus. Anda juga boleh memperkenalkan sedikit air menggunakan cawan terbuka bagi membantu perkembangan kemahiran minum.
Perkenalkan Tekstur Secara Berperingkat
Mulakan dengan tekstur yang cair, kemudian pekatkan sedikit demi sedikit apabila kanak-kanak semakin mahir menelan dan mengendalikan makanan.
Apabila kanak-kanak semakin bersedia, beralih daripada bijirin satu jenis kepada campuran beberapa jenis bijirin dan tekstur yang lebih pelbagai. Langkah ini membantu perkembangan kemahiran mengunyah dan menelan serta membiasakan kanak-kanak dengan pelbagai rasa sejak awal.
Langkah Keselamatan yang Perlu Diberi Perhatian
- Pelbagaikan jenis bijirin dan jangan hanya bergantung kepada bijirin beras.
- Perkenalkan satu makanan baharu pada satu masa. Tunggu antara dua hingga tiga hari sebelum memperkenalkan makanan baharu yang lain bagi memantau sebarang tindak balas alahan.
- Berbincang dengan pakar pediatrik mengenai pengenalan makanan alergen yang biasa jika perlu.
Mengapa Memilih CERELAC?
CERELAC menawarkan bijirin yang diperkaya dengan zat besi dan dihasilkan menggunakan ramuan yang dipilih dengan teliti serta tekstur yang mudah dibancuh bersama susu. Rangkaian CERELAC sesuai untuk pemakanan pelengkap bermula pada usia enam bulan dan membantu melalui peralihan daripada makanan yang bertekstur halus kepada makanan dengan tekstur yang lebih pelbagai. Pilihan bijirin serta formulasi yang dirumus khas membantu memenuhi keperluan pemakanan kanak-kanak pada setiap peringkat perkembangan. Dengan penekanan terhadap keselamatan, kualiti dan pemakanan yang seimbang, CERELAC menjadi pilihan ramai ibu bapa untuk menyokong perjalanan pemakanan si manja sejak suapan pertama.
Ringkasan Untuk Ibu Bapa
- Mulakan dengan bijirin satu jenis seperti beras atau oat.
- Pilih bijirin yang diperkaya dengan zat besi dan tanpa gula tambahan.
- Perkenalkan tekstur dan jenis bijirin yang berbeza secara berperingkat.
- Gabungkan bijirin dengan makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging, kekacang atau lentil untuk pemakanan yang lebih seimbang.
- Teruskan penyusuan susu ibu sehingga umur 2 tahun seperti diperlukan di sampung memberi makanan pelengkap.
Dapatkan sampel CERELAC percuma anda hari ini—klik di sini.
PEMBERITAHUAN PENTING: CERELAC BUKAN UNTUK DIBERIKAN KEPADA BAYI DI BAWAH UMUR 6 BULAN MELAINKAN JIKA DINASIHATI OLEH PROFESIONAL KESIHATAN. UNTUK KESIHATAN BAYI YANG OPTIMA, PENYUSUAN SUSU IBU PERLU DITERUSKAN SEHINGGA UMUR 2 TAHUN DI SAMPING MEMBERI MAKANAN PELENGKAP.