Panduan Ketinggian Kanak-kanak Mengikut Umur & Bila Ibu Bapa Perlu Berasa Bimbang
Bagaimana Pertumbuhan Berlaku: Apa Yang Normal?
Pertumbuhan dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuk genetik, hormon, pemakanan, tidur dan tahap kesihatan keseluruhan. Kanak-kanak biasanya mengalami pertumbuhan yang sangat pesat pada tahun pertama kehidupan. Selepas itu, kebanyakan kanak-kanak akan membesar secara purata sekitar 5cm setahun sepanjang zaman kanak-kanak. Apabila memasuki akil baligh, mereka akan mengalami satu lagi fasa pertumbuhan pesat, yang lazimnya berlaku antara usia 9 hingga 12 tahun bagi kanak-kanak perempuan dan 11 hingga 14 tahun bagi kanak-kanak lelaki. ¹ Gunakan carta pertumbuhan dan peratusil boleh memberikan gambaran yang lebih jelas tentang perkembangan mereka.
Perkara yang lebih penting daripada satu bacaan ketinggian semata-mata ialah konsistensi corak pertumbuhan dari semasa ke semasa. Perubahan yang ketara pada kadar pertumbuhan sering kali lebih bermakna berbanding angka ketinggian semasa. Beberapa faktor yang boleh memperlahankan pertumbuhan termasuk:
- Keadaan kesihatan tertentu, pengambilan nutrien yang tidak mencukupi
- Kekurangan tidur yang berkualiti, tekanan berpanjangan
Cara Mengukur Ketinggian Dengan Tepat
Untuk mendapatkan bacaan yang lebih tepat di rumah. Pastikan kanak-kanak tidak memakai kasut, berdiri tegak dengan tumit rapat ke dinding, kepala menghadap ke hadapan dan pandangan lurus, gunakan objek rata seperti buku untuk menandakan bahagian atas kepala dan ukur dan catatkan bacaan dalam sentimeter. Sebaiknya, lakukan pengukuran pada waktu yang sama setiap kali untuk mendapatkan perbandingan yang lebih konsisten. Bagi kanak-kanak berusia bawah 2 tahun, ukuran panjang badan yang dilakukan menggunakan papan pengukur khas oleh profesional kesihatan adalah lebih tepat.
Rekodkan keputusan pada carta pertumbuhan yang khusus mengikut umur dan jantina, atau gunakan kalkulator ketinggian untuk melihat trend pertumbuhan dengan lebih mudah. Kalkulator ketinggian juga boleh menukarkan ukuran yang biasa digunakan dalam kehidupan harian, seperti 5 kaki 3 inci kepada sentimeter (cm), supaya semua ukuran boleh dibandingkan menggunakan unit yang sama. Jika anda ingin mengetahui berapa cm bagi 5 kaki 0 inci atau 4 kaki 10 inci, penukaran ukuran ini dapat membantu anda memahami dan menetapkan sasaran pertumbuhan anak dengan lebih jelas. Semak ketinggian anak anda berdasarkan piawaian WHO di sini.
Bila Perlu Mendapatkan Nasihat Pakar?
- Ketinggian menurun merentasi dua atau lebih garisan peratusil utama dalam carta pertumbuhan.
- Ketinggian berada di bawah peratusil ke-3 sedangkan ibu bapa mempunyai ketinggian sederhana atau tinggi.
- Kadar pertumbuhan kurang daripada kira-kira 5 cm setahun selepas usia 4 tahun.
- Tanda-tanda akil baligh berlaku lebih lambat daripada jangkaan.
- Mengalami keletihan berterusan, kurang selera makan, sakit perut yang kerap, sakit kepala atau masalah berkaitan kelenjar tiroid.
Apabila pemeriksaan lanjut diperlukan, doktor mungkin akan menilai corak pemakanan harian, kualiti dan tempoh tidur, ketinggian ahli keluarga dan sejarah perkembangan akil baligh. Doktor juga mungkin mencadangkan beberapa ujian seperti pemeriksaan status zat besi, fungsi tiroid, saringan penyakit seliak (celiac disease), ujian IGF-1 serta pemeriksaan usia tulang melalui X-ray. Pengesanan awal boleh membantu mengenal pasti punca masalah dan membolehkan sokongan yang sesuai diberikan secepat mungkin.
Pemakanan Yang Menyokong Pertumbuhan Tinggi dan Perkembangan Pembelajaran
Ketinggian yang sihat memerlukan pengambilan tenaga, protein dan mikronutrien yang mencukupi secara konsisten. Nutrien-nutrien ini bukan sahaja penting untuk pertumbuhan fizikal, malah turut menyokong perkembangan otak dan keupayaan pembelajaran. Berikan tumpuan kepada Protein dalam setiap hidangan, susu atau alternatif yang diperkaya untuk membekalkan kalsium dan vitamin D dan makanan yang kaya dengan Zat Besi dan Zink.
| Matlamat | Cara Mencapainya |
| Meningkatkan pengambilan tenaga | Sediakan hidangan berkala, snek padat nutrien dan sumber lemak sihat |
| Menambah pengambilan protein | Telur, daging tanpa lemak, ikan, kekacang, soya, susu dan produk tenusu |
| Memenuhi keperluan mikronutrien penting | Pastikan pengambilan zat besi dan zink mencukupi serta pilih makanan yang diperkaya apabila perlu |
ASCENDA ialah rakan nutrisi yang dipercayai untuk kanak-kanak yang menghadapi cabaran pertumbuhan atau tabiat memilih makanan. ASCENDA membekalkan nutrisi lengkap dan seimbang dengan protein tenusu berkualiti tinggi serta mikronutrien penting seperti Zat Besi dan Zink yang membantu menyokong pertumbuhan. Selain itu, ASCENDA turut mengandungi DHA dan sphingomyelin yang membantu menyokong perkembangan otak yang sedang membesar. Dalam kajian klinikal, ASCENDA didapati membantu meningkatkan ketinggian dan berat badan seawal 3 minggu apabila digunakan bersama kaunseling pemakanan.²
Dapatkan sampel ASCENDA percuma—klik di sini.
Rujukan
- Tanner JM. Growth at Adolescence; Nelson Textbook of Pediatrics, Edisi ke-22.
- Samuel TM et al. Pembentangan kertas kerja di 14th European Nutrition Conference 2023, Belgrade, Serbia.