Photo of a toddler in a sandbox playing with colorful plastic buckets and toys
Listen Transcript

Memahami Kesihatan Usus, Sistem Imun dan Probiotik Kanak-kanak

Artikel

Memahami Kesihatan Usus, Sistem Imun dan Probiotik Kanak-kanak

Jun 25, 2026
5 minit

Perut yang selesa membantu kanak-kanak kekal aktif, ceria dan sentiasa bersedia untuk belajar. Dengan memahami peranan kesihatan usus, sistem imun dan probiotik, ibu bapa dapat mengambil langkah mudah untuk menyokong sistem pencernaan, daya tahan badan dan penyerapan nutrien penting bagi tumbesaran yang sihat. Apabila ibu bapa memahami hubungan antara kesihatan usus dan sistem imun, serta peranan probiotik dalam tumbesaran kanak-kanak, mereka dapat membuat pilihan yang lebih baik untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan si manja.

Mengapa Kesihatan Usus Penting dalam Peringkat Awal Kanak-kanak

Antara usia 1 hingga 3 tahun, mikrobiom dalam usus berkembang dengan pesat dan memainkan peranan penting dalam proses pencernaan, penyerapan nutrien serta perkembangan sistem imun. Usus yang sihat membantu tubuh menyerap protein, zat besi, zink, vitamin B dan pelbagai nutrien penting lain dengan lebih berkesan. Mikrobiom dalam usus juga menghasilkan asid lemak rantaian pendek yang membantu mengekalkan kesihatan lapisan usus dan menyokong hubungan antara usus dan otak.

Oleh sebab sebahagian besar sistem pertahanan badan berkait rapat dengan kesihatan usus, pilihan makanan dan rutin harian boleh mempengaruhi sistem imun mereka. Memahami hubungan antara kesihatan usus, sistem imun dan probiotik dalam kalangan kanak-kanak memerlukan pendekatan menyeluruh yang merangkumi pengambilan serat, tidur yang mencukupi, aktiviti fizikal serta penggunaan probiotik yang sesuai mengikut umur. Pemilihan probiotik yang tepat untuk mereka boleh melengkapkan tabiat pemakanan sihat dan membantu mewujudkan persekitaran yang menyokong penyerapan nutrien.

Probiotik 101: Apa yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Probiotik ialah mikroorganisma hidup yang bermanfaat dan boleh membantu menyokong kesihatan sistem pencernaan serta sistem imun apabila diambil dalam jumlah yang sesuai.

Probiotik biasanya diformulasikan khas mengikut peringkat umur, manakala probiotik untuk kanak-kanak disesuaikan dengan keperluan perkembangan mereka. Sentiasa berbincang dengan pakar pediatrik mengenai jenis, dos dan strain probiotik yang sesuai untuk kanak-kanak anda.

Ramai ibu bapa memilih untuk memberi probiotik kepada kanak-kanak ketika fasa perubahan, seperti apabila mula memasuki taska atau selepas mengambil antibiotik.

Manfaat yang berpotensiPerkara yang Perlu Dipertimbangkan
Membantu mengurangkan cirit-birit berkaitan antibiotikGunakan strain yang sesuai semasa dan selepas rawatan antibiotik
Membantu memendekkan tempoh sesetengah episod cirit-birit berjangkitMembantu memulihkan keseimbangan mikrobiom dalam usus
Membantu menyokong keteraturan fungsi usus semasa sembelit (bergantung kepada strain tertentu).Digunakan bersama pengambilan air dan serat yang mencukupi
Berpotensi menyokong kesihatan kulit dan sistem pernafasanBukti manfaat masih berbeza-beza dan kesannya mungkin sederhana

Kesan sampingan probiotik lazimnya ringan dan sementara, seperti angin, kembung perut atau najis yang lebih lembut. Jika simptom ini berterusan, dapatkan nasihat pakar pediatrik. Pilih produk yang mempunyai label strain yang jelas, sesuai dengan umur kanak-kanak dan perkenalkannya secara beransur-ansur.

Adakah Probiotik Membantu dengan Vitamin B12?

Probiotik tidak mengandungi vitamin B12 dalam jumlah yang mencukupi dan tidak boleh menggantikan makanan yang kaya dengan vitamin B12 atau suplemen Vitamin B12 yang disyorkan oleh profesional kesihatan.

Namun, persekitaran usus yang sihat boleh membantu menyokong proses penyerapan nutrien secara tidak langsung:

  • Sesetengah strain probiotik boleh menghasilkan sejumlah kecil vitamin B dalam usus, tetapi ini bukan sumber vitamin B12 yang boleh dipercayai untuk kanak-kanak.
  • Dengan membantu mengekalkan keseimbangan mikrobiom dan mengurangkan cirit-birit dalam keadaan tertentu, probiotik dapat menyokong keadaan yang diperlukan untuk penyerapan nutrien, termasuk vitamin B12.
  • Jika kanak-kanak anda kurang mengambil makanan berasaskan haiwan, mempunyai masalah penyerapan nutrien atau mengambil ubat tertentu dalam jangka masa panjang, berbincanglah dengan doktor mengenai tahap Vitamin B12 dan keperluan ujian atau suplemen.

Kesimpulannya, gunakan probiotik untuk menyokong kesihatan pencernaan dan sistem imun. Keperluan vitamin B12 pula sebaiknya dipenuhi melalui makanan seperti susu, telur, ikan, ayam, daging dan makanan yang diperkaya, atau melalui suplemen yang disyorkan oleh doktor.

Bagaimana Mengetahui Jika Kanak-kanak Anda Mungkin Memerlukan Probiotik

Probiotik boleh dipertimbangkan dalam beberapa keadaan berikut:

  • Selepas mengambil antibiotik: Jika kanak-kanak mengalami najis cair, ketidakselesaan perut atau perubahan corak buang air besar selepas rawatan antibiotik.
  • Kerap mengalami cirit-birit akibat jangkitan ringan: Sesetengah strain probiotik mungkin membantu mengurangkan tempoh simptom.
  • Sembelit sekali-sekala: Jika mereka mengalami kesukaran membuang air besar walaupun sudah mengambil air dan serat yang mencukupi.
  • Ketika mula memasuki taska atau semasa bercuti dan berjalan jauh: Perubahan rutin harian dan persekitaran boleh memberi kesan kepada keseimbangan usus.
  • Ketika memperkenalkan makanan baharu: Probiotik boleh dipertimbangkan bersama proses pengenalan makanan secara beransur-ansur.
  • Ketidakselesaan perut ringan yang berterusan: Seperti angin, kembung perut atau perubahan konsistensi najis tanpa simptom yang membimbangkan.

Walau bagaimanapun, probiotik bukan penyelesaian untuk semua masalah. Jangan menangguhkan rawatan jika kanak-kanak mengalami cirit-birit atau sembelit yang berpanjangan, darah dalam najis, demam, sakit perut yang teruk, dehidrasi atau jangkitan yang berulang. Sentiasa dapatkan nasihat perubatan jika anda tidak pasti sama ada probiotik sesuai, dan bincangkan sebarang kesan sampingan probiotik yang berlarutan.

Pertimbangan Khas untuk Kanak-Kanak

Probiotik biasanya tersedia dalam bentuk titisan atau serbuk yang mudah dicampurkan dengan susu ibu atau susu formula.

Jika anda mempertimbangkan penggunaan probiotik untuk kanak-kanak, berbincanglah dengan pakar kesihatan mengenai masa yang sesuai untuk memulakan pengambilannya, dos yang disyorkan dan jenis strain yang sesuai, terutamanya bagi kanak-kanak yang mempunyai keadaan kesihatan tertentu.

Oleh kerana sistem imun masih berkembang, pemantauan yang teliti adalah penting dan dapatkan panduan perubatan sebelum memulakan probiotik untuk kanak-kanak. Perhatikan sebarang perubahan seperti corak najis yang berbeza dan hentikan penggunaan serta dapatkan nasihat doktor jika timbul sebarang kebimbangan.

 

 

Bila Anda Perlu Mendapatkan Nasihat Pakar

  • Berjumpalah dengan pakar pediatrik jika mereka anda mengalami cirit-birit atau sembelit yang berpanjangan, darah dalam najis, pertambahan berat badan yang tidak memuaskan, muntah yang kerap, sakit perut yang berterusan atau jangkitan berulang.
  • Dapatkan nasihat perubatan sebelum memberikan probiotik kepada mereka anda dilahirkan pramatang, mempunyai sistem imun yang lemah atau menghidap penyakit kronik. Tanyakan secara khusus tentang vitamin B12 jika kanak-kanak anda kurang mengambil makanan berasaskan haiwan, mengalami masalah pemakanan atau disyaki mempunyai masalah penyerapan nutrien. Semak juga jenis probiotik yang sesuai mengikut umur mereka.

Amalan Harian Mudah untuk Perut yang Sihat dan Tahap Vitamin B12 yang Mencukupi

  • Utamakan makanan berkhasiat: Berikan oat, beri, pisang, kacang, lentil, ubi keledek dan bijirin penuh. Jika sesuai, sertakan makanan yang ditapai seperti yogurt tanpa gula atau kefir. Untuk Vitamin B12, pilih makanan seperti susu, telur, ikan, ayam, daging atau makanan yang diperkaya.
  • Pastikan pemakanan seimbang: Gabungkan buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna-warni dengan protein tanpa lemak dan sertakan lemak sihat untuk menyokong tenaga dan penyerapan nutrien.
  • Amalkan rutin yang konsisten: Sasarkan 11–14 jam  untuk kanak berusia 1 hingga 2 tahun tidur sehari, galakkan aktiviti luar dan amalan mencuci tangan yang baik. Bagi kanak-kanak yang lebih besar, probiotik boleh digunakan sebagai pelengkap kepada pemakanan yang pelbagai. Untuk kanak-kanak yang lebih kecil, berbincanglah dengan pakar kesihatan terlebih dahulu.

Dengan pendekatan yang berasaskan kajian saintifik dan penuh perhatian, ibu bapa dapat menyokong kesihatan usus, sistem imun dan pemakanan mereka dengan lebih yakin. Utamakan makanan berkhasiat, rutin yang konsisten dan penggunaan probiotik yang sesuai mengikut umur. Bagi memenuhi keperluan vitamin B12, pilih sumber makanan yang sesuai atau suplemen atas nasihat pakar kesihatan. Pantau juga sebarang kesan sampingan apabila memperkenalkan probiotik kepada kanak-kanak.

Dapatkan sampel percuma LACTOGROW PROBIO untuk kanak-kanak anda hari ini — klik di sini.