Cara Membina Sistem Imun Kanak-kanak yang Kuat melalui Pemakanan dan Amalan Harian
Mengapa Kanak-kanak Mudah Sakit (dan Apa yang Dianggap Normal)
Antara usia 1 hingga 3 tahun, sistem imun kanak-kanak masih berkembang. Oleh itu, selesema, jangkitan perut dan jangkitan telinga adalah antara penyakit yang biasa dialami apabila sistem pertahanan badan mereka sedang belajar mengenal pasti pelbagai ancaman. Memandangkan sebahagian besar sel imun terdapat di dalam usus, keselesaan dan kesihatan sistem penghadaman memainkan peranan penting dalam menyokong sistem imun. Kesihatan usus yang baik juga boleh membantu mengurangkan risiko alahan serta menyokong kesejahteraan kanak-kanak dalam jangka panjang.
Kesihatan Usus: Asas Perlindungan Badan yang Sihat
Mikrobiom usus membantu menghadam makanan, menghasilkan vitamin tertentu dan menyokong perkembangan sel imun. Mikrobiom usus yang sihat dan seimbang membantu menyokong sistem imun serta membolehkan mereka kekal aktif bermain dan tidur dengan lebih selesa.
- Sokong bakteria baik dalam usus dengan makanan tinggi serat seperti oat, kacang, lentil, pisang, beri, ubi keledek dan sayur-sayuran.
- Berikan makanan yang mengandungi kultur hidup seperti yogurt dan kefir.
- Perkenalkan makanan baharu secara beransur-ansur dan teruskan penyusuan susu ibu sekiranya masih sesuai untuk kanak-kanak.
- Sila dapatkan khidmat nasihat profesional kesihatan anak anda.
- Susu tumbesaran dengan probiotik boleh menjadi pelengkap kepada diet harian. Bakteria baik seperti Bifidobacteria dan Lactobacilli membantu menyokong kesihatan usus kanak-kanak.
Dapatkan nasihat doktor sekiranya kanak-kanak mengalami cirit-birit yang berpanjangan, darah atau lendir dalam najis, sembelit yang berterusan, pertambahan berat badan yang tidak memuaskan, sakit perut yang teruk atau tanda-tanda dehidrasi.
Pemakanan yang Membantu Menyokong Sistem Imun
Pemakanan yang seimbang merupakan salah satu cara paling mudah untuk menyokong sistem imun mereka setiap hari.
| Nutrien | Sumber Makanan |
| Protein | Telur, ayam, tauhu dan ikan |
| Zat Besi | Daging merah rendah lemak, kekacang dan bijirin yang diperkaya dengan nutrien (ambil bersama sumber vitamin C) |
| Vitamin D | Susu yang diperkaya dan ikan berlemak |
| Zink | Daging, kacang kuda dan mentega kacang |
| Vitamin A & C | Ubi keledek, lobak merah, buah sitrus, strawberi dan lada benggala |
Antara idea hidangan yang mudah dan berkhasiat ialah bubur oat bersama buah beri dan yogurt, telur hancur bersama bayam, atau roti tortilla berinti ayam dan kacang merah. Jika mereka cerewet memilih makanan, cuba berikan hidangan dalam kuantiti kecil, tawarkan beberapa pilihan yang sihat dan perkenalkan makanan yang sama berulang kali. Jika perlu, berbincang dengan pakar pediatrik tentang pengambilan suplemen, terutamanya zat besi atau vitamin D.
Amalan Harian yang Memberi Kesan Besar
- Tidur yang mencukupi: kebanyakkan kanak-kanak kecil berumur 1-2 thaun memerlukan antara 11-14 jam tidur sehari. Tidur yang berkualiti membantu menyokong sistem imun, fokus dan perkembangan keseluruhan.
- Aktiviti fizikal di luar rumah: Membantu meningkatkan selera makan, memperbaiki mood dan mengurangkan tekanan.
- Rutin yang tenang dan konsisten: Rutin harian yang teratur membantu mengurangkan tekanan dan memberikan rasa selamat kepada kanak-kanak.
- Amalan kebersihan yang baik: Ajar mereka mencuci tangan selama sekurang-kurangnya 20 saat dan pastikan kawasan yang sering disentuh sentiasa bersih tanpa menggunakan bahan pembasmi kuman secara berlebihan.
- Vaksinasi mengikut jadual: Membantu melindungi mereka daripada penyakit yang serius dan boleh dicegah.
Amalan harian yang konsisten ini membantu menyokong perkembangan sistem imun serta kesihatan usus kanak-kanak secara menyeluruh.
Sokongan Pemakanan Diperkaya dengan LACTOGROW PROBIO
Selain pengambilan makanan seimbang setiap hari, susu tumbesaran yang diformulasikan khas boleh membantu melengkapkan keperluan pemakanan kanak-kanak.
LACTOGROW PROBIO diformulasikan dengan probiotik L. reuteri, DHA serta vitamin dan mineral penting untuk membantu menyokong persekitaran usus yang sihat dan daya tahan harian mereka. Bagi kanak-kanak yang sering mengalami ketidakselesaan atau kembung perut, atau corak pembuangan air besar yang tidak teratur, berbincanglah dengan pakar kesihatan tentang kesesuaian LACTOGROW PROBIO sebagai sebahagian daripada usaha menyokong keselesaan sistem penghadaman, kesihatan usus dan sistem imun, di samping melengkapkan keperluan pemakanan kanak-kanak.
Perut yang sihat membantu kanak-kanak kekal ceria, aktif dan bersedia untuk belajar serta meneroka dunia di sekeliling mereka.
Dapatkan sampel percuma LACTOGROW PROBIO anda hari ini — klik di sini.
Rujukan:
1. Wiertsema SP et al. Nutrients. 2021 Mar 9;13(3):886.