Toddler with blurred face eating green food, messy chest, holding spoon, colorful shelf behind
Listen Transcript

Bila dan Cara Memperkenalkan Bijirin kepada Kanak-kanak Kecil

Artikel

Bila dan Cara Memperkenalkan Bijirin kepada Kanak-kanak Kecil

Jun 25, 2026
6 minit

Suapan pertama si manja merupakan satu detik istimewa dalam perjalanan tumbesarannya. Mengetahui bila dan bagaimana memperkenalkan bijirin untuk kanak-kanak dapat membantu anda memperkenalkan tekstur baharu dengan lebih yakin, sambil memastikan penyusuan susu ibu terus menjadi sumber pemakanan utama. Panduan ini menjawab persoalan lazim seperti bila kanak-kanak boleh mula makan bijirin untuk kanak-kanak atau makanan pejal, cara menyediakan hidangan pertama, serta langkah yang boleh diambil jika berdepan sebarang cabaran sepanjang proses tersebut.

Ringkasan Pantas

Kebanyakan kanak-kanak bersedia untuk memulakan makanan pelengkap sekitar usia 6 bulan. Namun, tanda-tanda perkembangan kanak-kanak adalah lebih penting daripada umur semata-mata. Pada peringkat awal, makanan pepejal seharusnya melengkapkan pemakanan kanak-kanak dan bukannya menggantikan susu. Jika anda tertanya-tanya bilakah masa yang sesuai untuk memperkenalkan bijirin kanak-kanak atau makanan pepejal kepada si manja, perhatikan tanda-tanda kesediaannya dan dapatkan nasihat pakar pediatrik, terutamanya jika kanak-kanak anda dilahirkan pramatang atau mempunyai keadaan kesihatan tertentu. Gabungan pemerhatian terhadap perkembangan kanak-kanak dan panduan profesional merupakan cara terbaik untuk menentukan masa yang sesuai untuk memulakan makanan pelengkap.

Tanda-Tanda Kanak-kanak Bersedia untuk Makan Bijirin

Perhatikan sama ada kanak-kanak anda menunjukkan tanda-tanda berikut:

  • Boleh duduk tegak dengan kawalan kepala dan leher yang baik.
  • Refleks menolak makanan keluar dengan lidah semakin berkurangan.
  • Menunjukkan minat terhadap makanan dan membuka mulut apabila sudu didekatkan.
  • Boleh menutup bibir pada sudu dan menelan sejumlah kecil makanan.

Ramai ibu bapa tertanya-tanya bila masa yang sesuai untuk memperkenalkan bijirin kepada kanak-kanak. Jawapannya lazimnya sekitar usia 6 bulan, dengan mengambil kira tanda-tanda kesediaan kanak-kanak dan nasihat pakar pediatrik.

Tanda-tanda ini juga membantu anda menentukan masa yang sesuai untuk memperkenalkan makanan pejal secara umum, termasuk bijirin beras sebagai salah satu bijirin pertama kanak-kanak. Jika anda masih ragu-ragu, ingatlah bahawa kebanyakan pakar mengesyorkan menunggu sehingga tanda-tanda kesediaan ini muncul, yang biasanya berlaku hampir kepada usia 6 bulan.

 

Memilih Bijirin Pertama untuk Kanak-kanak

Mulakan dengan bijirin untuk kanak-kanak diperkaya zat besi yang diperbuat daripada satu jenis bijirin, seperti oat, beras atau barli. Beras sering menjadi pilihan kera teksturnya yang lembut dan mudah diterima oleh kanak-kanak Malaysia. Semasa memilih produk, perhatikan perkara berikut:

  • Diperkaya dengan zat besi untuk menyokong keperluan pemakanan kanak-kanak sekitar usia 6 bulan.
  • Senarai ramuan yang ringkas tanpa tambahan gula atau garam.
  • Jenama yang dipercayai dan mempunyai kualiti yang konsisten, sama ada organik atau tidak.

Bijirin beras juga boleh dijadikan pilihan. Setelah kanak-kanak menunjukkan tanda-tanda kesediaan, anda digalakkan memperkenalkan pelbagai jenis bijirin secara berperingkat bagi membantu kanak-kanak mengenali pelbagai rasa dan tekstur.

Walaupun bijirin untuk kanak-kanak merupakan antara makanan awal yang popular, ia hanyalah salah satu daripada pelbagai pilihan makanan pertama yang boleh diperkenalkan kepada si manja. Kepelbagaian dan keseimbangan pemakanan juga memainkan peranan penting dalam tumbesaran yang sihat.

Langkah Demi Langkah: Hidangan Pertama CERELAC Bijiin Kering untuk Kanak-kanak Anda

1. Pastikan kebersihan terjaga

Basuh tangan, mangkuk dan sudu dengan air suam serta sabun sebelum menyediakan makanan.

2. Mulakan dengan tekstur cair

Campurkan 1 hingga 2 sudu teh bijirin untuk kanak-kanak yang diperkaya zat besi (seperti CERELAC bijirin kering) dengan 1 hingga 2 sudu besar susu atau air. Kacau sehingga teksturnya licin.

3. Dudukkan kanak-kanak dengan betul

Pastikan kanak-kanak berada dalam keadaan duduk tegak sebelum diberikan makanan. Suapkan sedikit demi sedikit dan berikan masa untuk kanak-kanak meneroka pengalaman baharu ini.

4. Beri sekali sehari

Pilih waktu ketika kanak-kanak berada dalam keadaan segar dan berjaga. Kebiasaannya, waktu selepas penyusuan susu dalam kuantiti yang sedikit adalah sesuai. Pastikan suasana ketika makan tenang dan tanpa paksaan.

5. Tambah secara beransur-ansur

Apabila kanak-kanak semakin selesa, tingkatkan kepekatan dan kuantiti makanan kepada kira-kira 1 hingga 2 sudu besar, sekali atau dua kali sehari.

6. Hormati isyarat kanak-kanak

Hentikan pemberian makanan jika kanak-kanak memalingkan muka, menutup mulut atau menunjukkan tanda-tanda kenyang.

Apabila kanak-kanak sudah mula menerima bijirin dengan baik, anda boleh menambah puri buah-buahan atau sayur-sayuran yang lembut, seperti buah pir atau labu. Perkenalkan satu makanan baharu pada satu masa dan tunggu kira-kira tiga hari sebelum memperkenalkan makanan lain bagi memantau sebarang reaksi.

Panduan Keselamatan dan Pengenalan Alergen

  • Sediakan hidangan yang baharu untuk setiap waktu makan dan buang lebihan makanan yang telah disentuh sudu atau dicampur dengan air liur kanak-kanak.
  • Jika menggunakan susu yang dipanaskan, panaskan menggunakan kaedah rendaman air suam dan bukannya ketuhar gelombang mikro. Uji suhu pada pergelangan tangan terlebih dahulu.
  • Elakkan penambahan gula dan garam dalam makanan kanak-kanak.
  • Jika ingin memperkenalkan alergen biasa, seperti kacang tanah, lakukan ketika kanak-kanak berada dalam keadaan sihat dan di bawah nasihat pakar pediatrik.

Bagi kanak-kanak yang lahir pramatang atau mempunyai alahan tertentu, dapatkan nasihat pakar pediatrik sebelum memulakan makanan pelengkap. Secara umumnya, tanda-tanda kesediaan perkembangan tetap menjadi penanda utama dan biasanya muncul sekitar usia 6 bulan.

 

Rujukan Pantas: Kesediaan dan Hidangan Pertama

PerkaraPanduan
Bila hendak bermulaSekitar usia 6 bulan, bergantung pada tanda-tanda kesediaan dan nasihat pakar pediatrik.
Tanda kesediaanBoleh duduk dengan sokongan, kawalan kepala yang baik, refleks menolak makanan semakin berkurangan, berminat terhadap makanan dan menerima sudu.
Campuran pertama1 hingga 2 sudu teh bijirin diperkaya zat besi (seperti CERELAC bijirin kering) dicampur dengan 1 hingga 2 sudu besar susu atau air sehingga cair.
Peningkatan secara beransur-ansurTambah kepekatan dan kuantiti sedikit demi sedikit sehingga 1 hingga 2 sudu besar sekali atau dua kali sehari mengikut penerimaan kanak-kanak.

CERELAC: Rakan Dipercayai dalam Perjalanan Pemakanan Si Manja

Dengan CERELAC bijirin kering , anda mendapat nutrisi yang dirumus khas untuk kanak-kanak melalui makanan pertama yang mudah disediakan dan lembut untuk sistem penghadamannya. Diperkaya dengan zat besi, CERELAC membantu menyokong tumbesaran si manja sambil memberi keyakinan kepada ibu bapa ketika memperkenalkan makanan pelengkap.

Sama ada anda sedang mempertimbangkan masa yang sesuai untuk memulakan bijirin untuk kanak-kanak atau mencari pilihan yang selamat dan mudah, CERELAC boleh menjadi sebahagian daripada perjalanan pemakanan kanak-kanak anda.

Dapatkan sampel CERELAC percuma anda hari ini—klik di sini.

PEMBERITAHUAN PENTING: CERELAC BUKAN UNTUK DIBERIKAN KEPADA BAYI DI BAWAH UMUR 6 BULAN MELAINKAN JIKA DINASIHATI OLEH PROFESIONAL KESIHATAN. UNTUK KESIHATAN BAYI YANG OPTIMA, PENYUSUAN SUSU IBU PERLU DITERUSKAN SEHINGGA UMUR 2 TAHUN DI SAMPING MEMBERI MAKANAN PELENGKAP.