Susu S-26 PROMISE Langkah 4
NUTRIGIFT SYSTEM Menyokong Perkembangan Minda & Asas Menyeluruh Si Manja

S-26 PROMISE Langkah 4 ialah susu formula yang dirumus dengan gabungan nutrien unik NUTRIGIFT SYSTEM untuk menyokong Perkembangan Minda & Asas Menyeluruh Si Manja.
Dengan nutrisi yang dipercayai, S-26 PROMISE membantu menyokong perkembangan Si Manja agar mereka terus belajar, meneroka dan membesar dengan lebih yakin serta berani.
Untuk kanak-kanak berumur 4-7 tahun.
Satu-satunya Jenama^ yang mengandungi Gabungan Nutrien DHA & AA
Perkembangan otak kanak-kanak memerlukan lebih daripada DHA sahaja. DHA & AA memainkan peranan penting dan bekerjasama untuk menyokong perkembangan minda yang cerdas.
Kajian menunjukkan bahawa DHA & AA berfungsi secara seimbang untuk menyokong perkembangan otak yang optimum berbanding DHA sahaja, terutamanya pada peringkat awal kanak-kanak apabila otak sedang berkembang pesat.
S-26 PROMISE mengandungi 3X DHA* dan 2X AA*. Nutrien utama ini membantu menyokong perkembangan minda serta pembelajaran kanak-kanak.
^Berdasarkan perbandingan Panel Maklumat Pemakanan dengan jenama susu tepung rumusan untuk kanak-kanak (Langkah 3 dan Langkah 4) kategori pertengahan pada Jun 2026.
*Berbanding rumusan terdahulu.
Perkembangan Minda

3X DHA* & 2X AA*
Dirumus dengan nutrien seperti DHA dan AA untuk menyokong fungsi minda. DHA dan AA adalah komponen penting yang banyak terdapat dalam otak.
*Berbanding rumusan terdahulu.

VITAMIN A
Vitamin A penting untuk fungsi mata. Penglihatan yang baik membantu Si Manja meneroka, memerhati dan belajar daripada dunia di sekeliling mereka.
Perkembangan Menyeluruh

OLIGOFRUKTOSA
Oligofruktosa adalah serat boleh larut yang mempunyai sifat prebiotik untuk menyokong sistem penghadaman yang optimum1,2.
RUJUKAN 1. Institute of Medicine. Dietary, Functional, and Total Fiber. In: Dietary Reference Intakes for Energy, Carbohydrate, Fiber, Fat, Fatty Acids, Cholesterol, Protein, and Amino Acids. Washington, DC: The National Academies Press; 2005:339-86. https://doi.org/10.17226/10490.
2. Butte NF, Fox MK, Briefel RR, et al. J Am Diet Assoc. 2010;110 (12 suppl):S27-37.

KALSIUM & VITAMIN D
Kalsium dan Vitamin D menyokong perkembangan tulang dan gigi yang kuat.

ZAT BESI & ZINK
Zat Besi membantu dalam pembentukan sel darah merah. Zink penting untuk pertumbuhan.
Jadual Perbandingan Nutrien Penting
Senarai Maklumat Pemakanan

Panduan Penukaran Jenama
Arahan Penyediaan

Cadangan 2 – 3 hidangan setiap hari, atau mengikut nasihat profesional kesihatan anda.
- Basuh tangan anda dan bersihkan perkakas sebelum penyediaan.
- Didihkan air minuman selama 5 minit dan biarkan sejuk suam.
- Campurkan secara beransur-ansur 4 pencedok (32g) susu tepung ke dalam 180ml air suam.
- Kacau sehingga susu tepung larut sepenuhnya.
- Simpan pek di dalam bekas kedap udara di tempat dingin dan kering.
- Keringkan pencedok sebelum dimasukkan kembali ke dalam bekas.
Gunakan dalam tempoh 4 minggu selepas dibuka.
Aktiviti Pembelajaran yang Menyeronokkan
Senarai aktiviti DIY yang menyokong tumbesaran Si Manja dan memupuk minat belajar.
Soalan Lazim
Adakah S-26 PROGRESS Langkah 3 dan S-26 PROMISE Langkah 4 mengandungi laktosa?
S-26 PROGRESS Langkah 3 dan S-26 PROMISE Langkah 4 mengandungi laktosa. Sila rujuk pakar pediatrik atau profesional kesihatan untuk mendapat nasihat selanjutnya.
Adakah S-26 PROGRESS Langkah 3 dan S-26 PROMISE Langkah 4 mengandungi prebiotik?
S-26 PROGRESS Langkah 3 dan S-26 PROMISE Langkah 4 mengandungi Oligofruktosa, iaitu sejenis serat larut yang mempunyai sifat prebiotik.
Apakah perbezaan S-26 PROGRESS Langkah 3 dan S-26 PROMISE Langkah 4?
S-26 PROGRESS Langkah 3 sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 3 tahun, manakala S-26 PROMISE Langkah 4 sesuai untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 7 tahun.
Berapa lamakah serbuk susu ini boleh disimpan setelah dibuka?
Anda dinasihatkan untuk menghabiskan produk ini dalam tempoh 4 minggu selepas dibuka. Simpan pek di dalam bekas kedap udara di tempat dingin dan kering.
Saya perasan S-26 PROMISE Langkah 4 ada wajah baharu. Adakah peknya telah bertukar?
Bermula April 2025, S-26 PROMISE Langkah 4 akan tampil dengan reka bentuk dan rumusan baharu. Namun, tiada perubahan pada saiz pek. S-26 PROMISE kini mengandungi 3X DHA* dan 2X AA*. DHA dan AA adalah komponen penting yang banyak terdapat dalam otak. *Berbanding rumusan terdahulu.
Apakah ramuan yang terdapat dalam pek baharu S-26 PROMISE Langkah 4?
Susu Tepung Skim (Susu Lembu), Protein Air Dadih (Susu Lembu), Maltodekstrin, Minyak Sayuran (Olein Kelapa Sawit, Biji Sesawi Erusik Rendah, Bunga Matahari), Laktosa (Susu Lembu), Oligofruktosa, Mineral (Kalsium Karbonat, Kalium Sitrat, Kalium Hidroksida, Natrium Sitrat, Natrium Klorida, Kalium Karbonat, Ferus Sulfat, Natrium Fosfat, Magnesium Klorida, Zink Sulfat, Mangan Sulfat, Kuprik Sulfat, Kalium Iodida, Natrium Selenit), Pengemulsi (Lesitin Soya Dan Monogliserida), Vitamin (Kolina Klorida, Asid Askorbik, Niasin, E, B5, A, B1, B6, B2, Asid Folik, Beta-Karotena, K1, Biotin, D3, B12), Asid Dokosaheksenoik (daripada Minyak Schizochytrium sp.), Asid Arakidonik (daripada Minyak Mortierella alpina), Pengawal Asid (Asid Sitrik), Perisa (Vanila).
Mengandungi Pengemulsi, Pengawal Asid dan Perisa yang Dibenarkan. Aditif Makanan adalah daripada Sumber Tumbuhan atau Sintetik.
Anak saya enggan minum susu tepung rumusan dari pek baharu ini.
Kami faham bahawa sesetengah kanak-kanak mungkin sensitif terhadap sedikit perbezaan rasa atau bau, yang mungkin berlaku akibat penambahbaikan proses pengilangan yang telah dipertingkatkan sebagai sebahagian daripada komitmen global kami untuk usaha penambahbaikan berterusan. Kami syorkan agar anda menukar jenama susu tepung rumusan secara berperingkat. Anda juga boleh merujuk kepada panduan penukaran jenama kami untuk S-26 PROGRESS Langkah 3.